Terma dan Syarat
|
------TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN DI HUDANUR.COM ------ |
|
Bagi melindungi kedua-dua belah pihak iaitu pelanggan dan PERNIAGAAN HUDANUR.COM, TERMA DAN SYARAT berikut haruslah di patuhi sebagai panduan para pelanggan semua. Sekiranya anda membuat pesanan barang dari HUDANUR.COM, ini bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Selamat membeli-belah dan semoga urusan jual beli ini dipermudahkan dan mendapat rahmat dariNya. Waalahu taa'la a'lam.
|
|
1. Urusniaga di portal ini hanya untuk pembeli yang serius untuk membeli sahaja (ONLY FOR SERIUS BUYER). Tidak di benarkan BATAL / CANCEL order setelah pembayaran dibuat. BOOKING tidak dibenarkan melebihi 6 jam. |
|
2. PASTIKAN anda merancang pembayaran dalam tempoh 6 jam selepas membuat pesanan. |
|
3. Pelanggan yang gagal memberikan bukti pembayaran dalam tempoh 6 jam selepas membuat pesanan, PESANANNYA AKAN DIBATALKAN. Sekiranya anda berhadapan masalah/kesulitan untuk membuat pembayaran, sila maklumkan kepada admin melalui emel atau sms untuk pertimbangan. Selalunya pihak kami amat bertimbang rasa dengan masalah/kesulitan para pelanggan. |
|
4. Pelanggan mestilah membayar berdasarkan harga yang telah dipamerkan di dalam portal ini beserta kos penghantaran. Untuk memudahkan pelanggan mengetahui harga / jumlah bayaran yang perlu dibayar beserta kos penghantaran, pelanggan hendaklah menggunakan kaedah pembelian "berkesan" iaitu menggunakan sistem shopping cart kami dan cara-caranya seperti diterangkan di sini. |
|
5.Pelanggan haruslah mengisi borang pesanan dengan maklumat yang betul dan alamat penghantaran yang lengkap. Sekiranya anda melakukan SPAM dengan mengisi borang pesanan tanpa mengisi maklumat anda yang betul, kami akan blok ip anda dari melayari portal ini di masa akan datang. |
|
6. Kos Penghantaran adalah bergantung kepada berat produk yang dipesan dan akan dikira setelah anda "Add To Cart" ke semua item sehingga anda klik SAHKAN PEMBELIAN dan isi semua maklumat anda seperti nama penuh, alamat rumah, emel dan no telefon. Kemudian ikut arahan seterusnya sehingga anda klik butang "HANTAR PESANAN". |
| 7. Setiap pesanan yang pembayarannya dibuat sebelum 12 tgh, akan di jamin penghantaran pada hari yang sama (Isnin hingga Jumaat sahaja) atau selewat-lewatnya pada keesokan harinya. Sebarang kelewatan akibat kecemasan akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui emel/sms. |
|
8. Invois pesanan akan dihantar kepada emel pelanggan secara automatik dan pelanggan boleh merujuk harga bayaran di dalam invois tersebut dan mencetaknya sendiri (jika perlu). |
|
9. Produk yang dibeli tidak boleh di pulang semula kecuali terdapat kerosakan pada produk tersebut. Sekiranya terdapat kerosakan, pelanggan haruslah mengambil gambar kerosakan tersebut dan emelkan kepada kami dalam masa 3 hari selepas terima barang tersebut untuk memastikan yang kerosakan bukanlah dari kecuaian pelanggan sendiri. Produk yang rosak juga perlu dipulangkan dalam masa 7 hari selepas pelanggan menerimanya. Selepas 7 hari tiada lagi pemulangan produk yang rosak boleh dilakukan. |
|
10. Pihak HUDANUR.COM menggunakan Khidmat POSLAJU Malaysia dan mengambil masa dari 1-3 hari bekerja untuk sampai. PASTIKAN alamat penghantaran yang anda masukkan semasa membuat pesanan, "ada orang" yang akan mengambil pesanan tersebut. Jika tidak, anda perlu mengambil pesanan anda di pusat pos laju berdekatan alamat yang anda berikan. Sekiranya parcel anda tidak diambil dalam masa 14 hari di pusat poslaju, parcel anda akan dipulangkan semula kpd kami. JIKA INI BERLAKU, anda MESTI membayar lagi kos penghantaran semula kepada pihak kami untuk kami pos semula pesanan anda. |
|
11. Pelanggan haruslah menghantar email/sms kepada pihak admin HUDANUR.COM setelah menerima penghantaran, sekiranya tidak, selepas 7 hari bekerja , kami menganggap pelanggan sudah pun mendapat produk tersebut. |
|
12. Update terkini boleh di dapati melalui Facebook FanPage kami. |
|
13. Warna produk di dalam gambar mungkin sedikit berbeza dengan yang original di sebabkan lighting dan setting komputer. Namun, kami ada memberikan panduan warna mengikut kod HTML dan panduannya ada disertakan di sini. |
|
PERINGATAN PENTING! SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA SEMUA PRODUK IAITU JUBAH, BLOUSE, TUDUNG DAN SELUAR MUSLIMAH HUDANUR YANG TELAH DIBELI MELALUI POS TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT PEMULANGAN MAHUPUN PERTUKARAN SAMA ADA DI DALAM BENTUK PRODUK LAIN MAHU PUN WANG TUNAI WALAU APAPUN ALASANNYA. PASTIKAN UKURAN YANG BETUL DAN BACA DAHULU MATERIAL FABRIK YANG TELAH DISERTAKAN BERSAMA-SAMA ITEM YANG DIPAPARKAN SEBELUM ANDA MEMBUAT PESANAN. SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU KERAGUAN MENGENAI UKURAN SAIZ ATAU MATERIAL FABRIK YANG DIGUNAKAN. 'SERIUS BUYER' ADALAH SANGAT-SANGAT DIHARGAI.Sekian terima kasih. HUDANUR KREATIF (002081371-H)Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.* Terma dan syarat ini tertakluk kepada perubahan semasa.
|



